Sastera cetakan lain Aksara Syawi

Antara tahun 1963 dan 1965, 8 terbitan jurnal Shaw-script, telah diterbitkan oleh Kingsley Read di Worcester, UK. Jurnal itu menggunakan aksara Syawi, dan kebanyakan isinya telah diserahkan oleh penggemar aksara Syawi. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, terdapat beberapa terbitan karya sastera klasik yang ditransliterasi kepada aksara Syawi.

Terbitan pertama, yang diedarkan pada tahun 2012, merupakan karya Edgar Allan Poe yang berjudul Poe Meets Shaw: The Shaw Alphabet Edition of Edgar Allan Poe (Poe Bertemu Shaw: Suntingan Aksara Syawi Karya Edgar Allan Poe), oleh Tim Browne. Buku ini telah diterbitkan melalui Shaw Alphabet Books dan mempunyai dua suntingan dalam edaran asalnya. Satu daripadanya, seperti Androcles and the Lion, mempunyai aksara Syawi bersebelahan dengan padanan aksara Ruminya dan satu lagi merupakan suntingan dalam aksara Syawi sahaja.

Terbitan kedua, diedar pada tahun 2013, merupakan suntingan Alice's Adventures in Wonderland, ditranskripsikan kepada aksara Syawi oleh Thomas Thurman.[2] Buku diterbitkan dalam aksara Syawi sahaja tanpa padanan aksara Rumi bersebelahannya. Fon aksara Syawi direkabentuk oleh Michael Everson.